V.Rossi – Pasukan Yamaha masih perlu perbaiki

1250

V.Rossi memulakan perlumbaan grand prix ke-24 hujung minggu ini di Qatar. Anak jati Itali ini  telah mengondol tujuh gelaran kejohanan dan memegang rekod kemenangan sepanjang 89 kemenangan.

Kali terakhir Rossi berdiri di tangga teratas podium 20 bulan lalu di Assen.The Doctor menderita tanpa kemenangan pertamanya sebagai pelumba Yamaha pada musim 2018. Sementara rakan sepasukan Maverick Vinales berjaya meraih kemenangan tunggal di Pulau Phillip.



Kami masih perlu memperbaikinya,tetapi jalan yang kami lalui adalah yang betul. Penerangan ringkas dari Valentino Rossi, berhubungkait isu prestasi jentera Yamaha M1 sebelum MotoGP Qatar hujung minggu ini.

Perubahan pengurusan dan teknikal telah dilaksanakan untuk mencuba dan membuat jentera Yamaha M1 menjadi juara sekali lagi.

Namun Rossi di lihat lebih berhati-hati daripada Vinales mengenai sejauh mana kemajuan yang dicapai dalam menyelesaikan masalah pusingan roda dan masalah penggunaan tayar belakang.

Pelumba kelahiran Itali tersebut  bersetuju bahawa mesin 2019 adalah satu langkah ke hadapan dan sangat cepat untuk satu pusingan.

Keempat-empat jentera Yamaha tersenarai di kedudukan tujuh teratas pada ujian di Qatar baru-baru ini.Namun begitu mereka harus mengambil kira tahap sebenar semasa perlumbaan.

V.Rossi yakin langkah-langkah tertentu telah diambil demi untuk untuk menyaingi Honda dan Ducati.

“Ujian pra-musim sangat penting.Di Sepang dan Qatar kami telah mengambil langkah kehadapan dan kami boleh mengatakan bahawa kami telah melakukan ujian positif untuk memperbaikinya.” luahan Valentino Rossi yang akan menjadi pelumba paling tua di musim 2019.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here