Hyundai Motor Company sedang bangunkan kokpit paling sempurna

1866

Hyundai Motor Company sedang dalam kajian mendalam untuk mengemaskini kokpit kenderaan mereka dalam meningkatkan fokus pemandu di jalanraya.

Syarikat itu sedang meneroka cara memaparkan maklumat kenderaan dan memudahkan akses tanpa mengalihkan perhatian pemandu.



“Kami sentiasa membangunkan teknologi baharu untuk menjadikan kereta kami intuitif dan mesra pengguna,” kata Regina Kaiser, jurutera senior Hyundai Motor Europe Technical Centre.

Hyundai Motor telah menjalankan kajian perhatian pemandu dengan Wurzburg Institute for Traffic Science (WIVW) untuk menilai kegunaan inovasi terkini semasa memandu.

Menurut Hyundai Motor Company, rekabentuk kokpit maya baharu akan mampu menepati piawaian persatuan keselamatan kenderaan seperti Alliance of Automotive Manufacturers (AAM) dan National Highway Traffic Safety Agency (NHTSA).

Kokpit maya itu telah dipasang pada kereta ujian i30. Kaiser berkata, pemilihan i30 itu menunjukkan rekaan inovasi tidak terhad pada kenderaan segmen tinggi sahaja, malah melibatkan kenderaan mampu milik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here