Lihat Mazda CX-8 dengan lebih dekat hujung minggu ini

1456

Bermaz akan mengadakan pratonton eksklusif Mazda CX-8 di Malaysia Autoshow yang akan dianjurkan di MAEPS, Serdang bermula 11 hingga 14 April 2019.

Jentera ini merupakan SUV terkini yang akan dilancarkan oleh Bermaz tahun ini. Ia merupakan kenderaan untuk mereka yang menghargai kualiti, prestasi dan kecantikan. Sama seperti model-model Mazda yang lain, CX-8 juga direkabentuk dengan falsafah KODO – Soul of Motion.



Pelanggan yang berminat juga boleh mendaftar untuk tempahan di acara Malaysia Autoshow ini nanti.

Harus diingat spesifikasi CX-8 yang ditayang nanti bukanlah spesifikasi muktamad yang akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

Pameran Mazda di Malaysia Autoshow:

Kenderaan pameran – CX-8, CX-3, CX-5, CX-9 dan Mazda6

Masa melihat ruang dalaman CX-8 –  11AM – 12PM, 1PM – 2PM, 3PM – 4PM dan 5PM – 7PM

Kenderaan untuk pandu uji – Mazda CX-5 2.5, Mazda CX-5 2.2D 4WD dan Mazda6 2.5

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here