Petronas Lubricants akan membekal minyak pelincir model baharu Proton

2519

Syarikat Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) melanjutkan lagi kerjasama mereka bersama Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM), anak syarikat Petronas Dagangan Berhad (PDB) dan PETRONAS Lubricants International (PLI) selama sepuluh tahun.

Kerjasama itu adalah bagi menghasilkan dan menghantar produk-produk pelincir dan cecair-cecair berfungsi, berkuatkuasa 1 Januari 2019.



“Proton dan Petronas telah bekerjasama sejak dahulu lagi, jadi tidak hairanlah sekiranya kami ingin melanjutkan tempoh perjanjian kerjasama ini. Proton bakal menghasilkan pelbagai model baharu yang menarik dan kami sangat teruja untuk meneroka dengan lebih mendalam cecair-cecair teknikal yang dihasilkan bersama Petronas yang akan memberi manfaat kepada pelanggan kami,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

“Petronas telah menjadi pembekal cecair rasmi kepada Proton sejak 1989. Kami berbesar hati untuk mengembangkan lagi perkongsian ini kerana ini merupakan bukti jelas kepercayaan dan keyakinan Proton terhadap produk dan perkhidmatan kami,” ujar Dato’ Sri Syed Zainal Abidin, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB.

Awal tahun ini, Proton berjaya mencapai peningkatan jualan yang didorong oleh jualan model Proton X70, SUV pintar pertama di Malaysia.

Bagi tiga bulan pertama tahun ini, syarikat telah mencatatkan bilangan jualan tertinggi antara mana-mana SUV di Malaysia dan dengan 25,000 tempahan setakat ini.

Melalui perkongsian ini, PLI dan PLMM akan terus membekalkan pelbagai produk berkualiti untuk memenuhi keperluan kilang PROTON dan servis selepas jualannya, dengan menjadikan rangkaian PETRONAS Syntium SE sebagai produk utama.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here