[Video] Cara mudah bina transmisi manual DIY

3146

Orang cakap kalau perempuan masuk Sephora jadi berjam-jam, lelaki pulak akan jadi sama bila masuk kedai Mr. DIY. Setuju?

Lelaki dan bertukang tidak dapat dipisahkan. “I’m a guy, it’s in my DNA,” frasa dari filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift yang mungkin anda pernah dengar.

Bertukang, mesin, kereta, sukan, semuanya sebati dalam diri lelaki.



Jadi kali ini kami paparkan satu video yang boleh jadi projek DIY anda. Video ini berkenaan cara membina sendiri gearbox (kotak gear) transmisi manual lima-kelajuan dari bahan terbuang yang boleh anda jumpa di sekeliling rumah.

Bahan-bahan diperlukan:

  • Kadbod
  • 4 x bearing
  • Kertas A4
  • 1 x motor DC 9V
  • 1 x suis
  • Bateri
  • Bar aluminium
  • Hot glue gun

Hanya ikuti langkah-langkah mudah di dalam video, dan anda ada satu kotak gear manual yang berfungsi.

Perhatian dan penelitian perlu diberikan pada aspek ukuran diameter setiap set gear. Susunan gear berdekatan suis akan mewakili input shaft dari enjin dan susunan gear di sebelah satu lagi dengan tape merah mewakili output shaft ke gandar tayar.

Video oleh V. Idea ini telah memperoleh 12.5 juta tontonan di YouTube pada masa artikel ini ditulis.

Selamat mencuba!

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here