Proton Satria GTi R3 400hp ingin dijual, jangan beli kalau tak kuat iman

848

Proton Satria GTi dikatakan antara model terbaik pernah dihasilkan Proton sehingga kini. Ia merupakan model pertama Proton yang menerima talaan Lotus untuk suspensi dan pengendaliannya.

Satria GTi lah model pertama yang memakai lencana tersohor “Handling by Lotus” di pintu but belakangnya.

Proton Satria GTi dalam TOCA race Driver. Imej: IGCD.net

“Mat salleh” pun sukakan pengendalian sporti GTi ni hinggakan ia pernah ditampilkan dalam permainan video lumba TOCA Race Driver. Sebanyak 60 buah Satria GTi juga pernah dibeli untuk digunakan di sekolah memandu perlumbaan Silverstone Racing School.

Dalam artikel iklan kali ini kami ingin tampilkan sebuah Satria GTi. Ia bukan calang-calang GTi, dan bukan untuk yang tak kuat imannya.

Satria GTi ini telah disalin agar berupa Satria R3, edisi terhad yang dipertingkat sebelum Proton hentikan pengeluaran Satria dan diganti dengan Satria Neo. Ia juga kini berkuasa 400hp! Ya, ini bukan typo. Kuatkanlah iman kami…

Spesifikasi:

Model: Proton Satria GTi

Tahun: 2011

Enjin asal: GTi 1.8

Enjin baru: Evo III. Blok 4G63, omboh 2j 86mm, conrod BC, bearing King Race, crankshaft standard Evo, head standard Evo, camshaft BC, wastegate Turbosmart 44mm, intercooler GReddy, blow-off Tial, intake manifold Evo, throttle body S90, pam bahan api Walbro 450, injector sard 70cc, fuel rail Evo, regulator Tomei, cable plug Ultra Racing, coil standard Evo, banana Tonnka, cam pulley Works dan ECU Haltech Sport 1000. Bacaan dyno: 456hp

Transmisi: Standard Evo I

Klac: OS Giken twin plate

Ekzos: HKS

Suspensi: TEIN Superstreet

Brek: GSR (depan), Standard Evo (belakang)

Rim: TE37 original

Tayar: Toyo T1R

Luaran: Semua original Satria GTi R3, kecuali bonet belakang gentian karbon, bonet depan Evo 6 dan cermin sisi Ganador

Dalaman: Satria GTi R3 original kecuali papan pamuka Evo 4

Iman anda cukup kuat? Hubungi pemilik, Sanusi Abdul Kadir di 013-9644000. Harga dipinta RM40k. Pandai-pandailah nego.

Foto: Adam Photography

Komen anda mungkin membantu