Semua jenama automotif di bawah Naza Group kembali beroperasi, ikut SOP norma baharu

1486

Susulan pengumuman Perdana Menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 1 Mei lepas, beberapa jenama automotif di bawah Naza Group kembali beroperasi.

Dengan itu, Naza Group turut meletakkan keutamaan terhadap kesihatan dan keselamatan semua pekerja dan pelanggan di waktu kritikal ini.



Kawalan saringan kesihatan dan SOP yang ketat dijalankan di semua premis jenama itu, dan ini diharap memberikan ketenteraman fikiran kepada semua pelanggan.

Antara syarikat automotif di bawah Naza Group yang mula beroperasi minggu ini adalah Naza Italia Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd, Naza Kia Malaysia Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Euro Motors Sdn Bhd dan Naza Motor Trading Sdn Bhd.

Untuk berhubung atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai setiap jenama di bawah Naza Group, anda boleh ke laman Facebook khas setiap satu:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here