Menunggang secara melulu dan lakukan aksi berbahaya, 7 remaja ditahan polis

1552

Akibat menunggang secara melulu sambil lakukan aksi berbahaya, 7 remaja telah ditahan oleh pihak polis di Jalan Kupang-Grik.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Syed Basri Syed Ali berkata, dalam operasi kira-kira 5 petang itu, remaja berusia 14-17 tahun itu menunggang secara melulu selain mengganggu dan boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.



Syed Basri berkata, ketika ditahan mereka bukan sahaja gagal menunjukkan lesen memandu, malah ada motosikal dinaiki tidak mempunyai cukai jalan.
 

“Mereka juga tidak memakai topi keledar dan boleh mengundang bahaya sekiranya terjatuh dan terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Menurutnya, kesemua remaja berkenaan diambil tindakan saman atas kesalahan tidak memiliki lesen, insurans kenderaan, cukai jalan dan tidak memakai topi keledar.

menunggang secara melulu

“Bagaimanapun selepas mengeluarkan saman dan diberi nasihat kita melepaskan mereka supaya tidak melakukan kesalahan yang berulang.

“Ini memberi pengajaran kepada mereka yang masih muda dan bergelar sebagai pelajar sekolah,” katanya.

Para ibu bapa juga digesa supaya sentiasa mengambil berat mengenai anak mereka supaya tidak menyalahi undang-undang serta membahayakan orang lain.

Sementara itu, beliau berkata, polis juga akan memperketatkan kawalan, terutama di kawasan tumpuan orang ramai, berkuat kuasa serta merta.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here