BBS diisytihar bankrap di Jerman kerana permintaan menurun

2451

Tahun 2020 sememangnya tahun yang sukar buat banyak syarikat, malah untuk kita semua. Masalah kewangan berikutan Covid-19 pastinya memberi kesan kepada banyak pihak. Terbaharu, salah satu syarikat ini ialah BBS yang dilaporkan akan bankrap.

Ini merupakan kali ketiga pengeluar roda (rim) Jerman itu menghadapi situasi ini. Pada 2007, ia disahkan bankrap dan dibeli oleh sebuah syarikat Belgium. Beberapa tahun kemudian ia barulang dan pada 2015, Nice Corp iaitu sebuah syarikat Korea Selatan dikatakan menjadi pemegang saham terbesar.



Autoevolution melaporkan krisis kewangan dilalui BBS ini ialah kesan dari “kehilangan tidak dijangka bayaran yang dijanjikan”. Itu merupakan kenyataan dari BBS sendiri, tetapi tidak pasti apakah maksud sebenar darinya.

Kemudian Motor Illustrated menerangkan secara lebih terperinci. Pengisytiharan bankrap itu sebenarnya hanya di Jerman, dengan permintaan yang berkurangan serta operasi pengeluaran dihentikan (kerana Covid-19) menjadi punca.

Tetapi menurut Bab 11 dalam fail di Amerika Syarikat, BBS tidak mungkin terus hilang. Sebaliknya, secara teori, ia boleh terus beroperasi dengan melakukan penyusunan semula dalam syarikat.

Bagaimana ia akan memberi kesan kepada BBS di AS masih belum jelas. Pengeluar itu mempunyai perjanjian dengan NASCAR untuk membekal rim single-lug untuk kereta-kereta generasi baharu perlumbaan itu.

Ya, ini bermakna tiada lagi kereta NASCAR dengan rim 20 skru, dan tiada lagi rim besi 15-inci selepas ini. BBS akan membekalkan rim 18-inci kepada NASCAR.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here