Penunggang motosikal meninggal dunia selepas muka ‘melekat’ pada lori

2615

Tular sebuah video yang memaparkan seorang penunggang motosikal mengalami kemalangan dengan sebuah lori. 

penunggang motosikal melekat

Apa yang lebih menyedihkan, muka penunggang motosikal tersebut dilihat ‘melekat’ pada bahagian belakang lori terbabit.



Dalam kejadian yang berlaku lebuhraya DUKE tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Ting Teck Loo, 43, difahamkan telah gagal untuk mengelak daripada melanggar lori yang dipakir di bahu jalan akibat kerosakan gear.

Melihatkan keadaan badan dan wajah mangsa yang ‘melekat’ di bahagian belakang lori, orang awam yang berada di tempat kejadian menunggu sehingga pihak bomba tiba untuk menyelamatkan mangsa agar tiada perkara yang lebih buruk berlaku.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya, mangsa telah berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat beberapa ketika kemudian.

Hasil siasatan awal mendapati pemandu dan kelindan lori sudah pun membuat kawalan dan meletak alatan segi tiga keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga kepada pengguna jalan raya yang lain.

Mangsa difahamkan meninggal dunia beberapa jam selepas kejadian akibat paru-paru berdarah oleh isterinya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here