Pecah rekod lagi! Yamaha RX-Z Catalyzer ‘unregistered’ NOS ini berharga RM100k

5397

Selepas tular kisah seorang pengumpul tegar dari Vietnam membeli sebuah Yamaha 125Z M1 edisi istimewa dari seorang pemuda tempatan yang berharga RM85,000, kini kisah Yamaha RX-Z Catalyzer menjadi sebutan ramai apabila ia dijual dengan harga yang tidak masuk akal.

Sebab mengapa kami sifatkan ia tidak masuk akal ialah kerana motosikal ini dijual dengan harga RM100,000. Harganya seolah-olah anda membeli dua buah Perodua Myvi yang baru.



Berdasarkan saluran Youtube Geng Tayar Besar, beberapa orang pemuda tempatan dalam misi mereka untuk memburu motosikal rare yang tidak lagi dikeluarkan oleh Yamaha ini di negeri Johor.

Yamaha RX-Z Catalyzer

Setibanya di lokasi iaitu sebuah kedai motosikal (K M Chen Motor), mereka diperlihatkan sebuah Yamaha RX-Z Catalyzer NOS (new old stock) yang belum didaftarkan atas nama mana-mana pemilik. 

Merupakan model Yamaha RX-Z Catalyzer terakhir keluaran tahun 2010, kesemua komponen pada motosikal yang dipenuhi dengan debu ini masih original, malah masih tersedia dengan buku panduan dan kotak spanar.

Menurut GTB, pasaran beberapa komponen ‘orimotor’ pada motosikal ini sangat mahal di Malaysia. Antara komponen tersebut ialah:

  1. Ekzos: RM3,000
  2. Meter: RM2,500-RM3,000
  3. Tempat duduk: RM5,000 keatas
  4. Coverset: RM8,000-RM10,000

“Aku terima nikahnya Yamaha RX-Z Catalyzer 2010 dengan mas kahwin sebanyak RM100,000 tunai,” kata salah seorang dari krew GTB.

Yamaha RX-Z Catalyzer

Sebelum bergerak pulang, krew GTB juga dinasihatkan supaya terus ke destinasi tanpa singgah di mana-mana perhentian. Maklumlah barang rare ni, ramai mata yang memerhati.

“Kita tengok lagi 20 tahun apa cerita. Kita harap motosikal ni akan jadi RM300,000 di masa akan datang,” kata krew GTB.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here