Dapat gaji pertama, budak lelaki viral di Indonesia beli motosikal ‘cash’ kepada ibu bapa

493

Video seorang budak lelaki yang difahamkan berasal dari Indonesia, tular di media sosial kerana suara dan reaksi mukanya ketika menyanyi. Budak lelaki kelahiran tahun 2009 ini semakin dikenali di seluruh Indonesia dan juga di negara kita.

Sering muncul dalam program television di Indonesia, budak lelaki yang dikenali sebagai Alwiansyah ini difahamkan mendapat pendapatan pertamanya setelah bergelar seorang penyanyi.

Berdasarkan saluran YouTube Aksen Entertainment, Alwiansyah difahamkan memberi ‘gaji’ pertamanya kepada ibu bapanya untuk keperluan harian dan untuk beli sebuah motosikal secara tunai.

Menerusi panggilan video, Alwiansyah turut menyatakan hasratnya untuk membelikan sebuah rumah, dan membawa kedua ibu bapanya menunaikan ibadah haji. 

“Nanti Alwi kumpul duit untuk beli rumah. Lepas beli rumah, nanti kita beli sawah yang besar. Kalau habis Corona, terus pergi haji. Doakan saya di sini ya,” kata Alwiansyah kepada ibu bapanya.

Tidak seberapa lama setelah panggilan video tersebut, bapa Alwiansyah terus ke pusat pengedar motosikal setelah menerima wang yang dikirim oleh anaknya.

beli motosikal

Sebuah motosikal Yamaha Jupiter, atau lebih dikenali sebagai Yamaha Lagenda di Malaysia dibeli oleh bapa Alwiansyah secara tunai.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here