Kepingan konkrit berukuran 1 meter hempap kereta, syukur pemandu wanita terbabit terselamat

2177

Seorang wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap kepingan konkrit pembinaan lebuh raya di Jalan Sungai Besi di sini, hari ini.

Kenderaan itu remuk di bahagian bumbung dan difahamkan ia berlaku pada jam 4.30 petang tadi.



Wanita yang memandu Proton Saga warna perak itu dibantu oleh orang ramai selepas dihempap konkrit berkenaan.

Menerusi gambar yang tular dalam media sosial, konkrit sebesar satu meter persegi yang menghempap bumbung kereta mangsa.

Difahamkan mangsa cedera di tangan dan dibawa ke hospital untuk rawatan selepas keluar daripada kenderaan berkenaan.

Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan teruk di lokasi dan satu lorong terpaksa ditutup bagi kerja mengalihkan kenderaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here