Pencuri ini guna trak U-Haul untuk lari dari polis, tapi tayar tercabut pula

1493

Jika berlaku kes lari dari pihak polis, biasanya ia akan melibatkan kenderaan seperti motosikal dan kereta. Namun, ada juga sesetengah individu bertindak sedemikian dengan menggunakan kenderaan lain.

Seperti kejadian yang belaku di Georgia menerusi rakaman video dari saluran Youtube Forsyth County Sheriff’s Office, seorang pencuri difahamkan melarikan diri menggunakan trak syarikat U-Haul.



U-Haul adalah sebuah syarikat sewa peralatan dan penyimpanan bergerak di Amerika Syarikat, yang berpusat di Phoenix, Arizona. Syarikat ini telah beroperasi sejak tahun 1945.

Apa yang menarik tentang kejadian ini, tayar trak U-Haul tersebut difahamkan tercabut ketika suspek melarikan diri dari pihak polis di sebuah lebuh raya.

trak U-Haul

Menurut pihak polis, mereka menerima laporan tentang kes kecurian yang berlaku di sebuah Walmart. Setelah diselidik, suspek difahamkan berada dalam sebuah trak U-Haul di satu lebuh raya.

Pada permulaan video, suspek menghentikan kenderaan ketika diarahkan oleh pihak polis dan sepertinya kes ini akan berakhir di situ.

Namun, setelah beberapa orang pegawai polis keluar dari kereta peronda untuk membuat tindakan susulan, suspek kemudian bertindak memecut trak U-Haul tersebut untuk melarikan diri.

trak U-Haul

Tindakan melarikan diri menggunakan trak U-Haul bukanlah satu keputusan yang bijak, kerana kenderaan tersebut tidak memiliki kelajuan yang cukup untuk suspek melepaskan diri.

Ketika sedang dikejar oleh pihak polis, tayar trak U-Haul tersebut secara tiba-tiba tercabut, namun suspek masih berdegil dan meneruskan perjalanan.

Ketika melalui satu selekoh, suspek hilang kawalan ke arah kawasan jalan dengan permukaan tanah. Dia bertindak melarikan diri dengan berjalan kaki setelah tayar trak tersebut tersangkut pada permukaan tanah.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan dan didakwa kerana mencuri, memiliki d4dah, memiliki objek berkaitan d4dah, memandu di bawah pengaruh bahan terlarang, menghalang pegawai penguatkuasa undang-undang.

Selain itu, susupek juga disabitkan kesalahan kerana mengelak untuk ditahan, memandu secara agresif, dan memandu ketika lesen digantung atau dibatalkan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here