Grand Prix Rusia 2020: Lewis Hamilton kempunan lepas kena penalti 10 saat, Valtteri Bottas muncul juara

1362

Pelumba kelahiran Finland, Valtteri Bottas muncul juara pada Grand Prix Rusia manakala rakan sepasukannya dari Mercedes, Lewis Hamilton kempunan untuk menyamai rekod Michael Schumacher kerana dikenakan penalti 10 saat. 

Hamilton yang dalam misi mengatasi rekod Michael Schumacher dengan 91 kemenangan di Formula 1 terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga di belakang Bottas dan Max Verstappen.



Dengan kemenangan ini perbezaan jumlah kutipan mata antara Bottas dan dan Hamilton adalah sebanyak 44 mata, dimana masih terdapat baki tujuh perlumbaan yang belum dilangsungkan.

hamilton bottas

Pelumba pasukan McLaren, Carlos Sainz dan pelumba pasukan Racing Point, Lance Stroll tidak berjaya menamatkan perlumbaan setelah terlibat dalam kemalangan.

Siri perlumbaan yang berlangsung di Rusia ini membenarkan jumlah penonton yang lebih banyak dari siri perlumbaan lain pada tahun ini. Penontan yang berada di litar perlumbaan dikehendaki memakai topeng muka dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Walaupun belum dipastikan secara rasmi, jumlah penonton yang menyaksikan perlumbaan di Russia difahamkan mencecah sehingga 30,000 orang.

Keputusan penuh Grand Prix Russia 2020.

1. Valtteri Bottas, Mercedes
2. Max Verstappen, Red Bull
3. Lewis Hamilton, Mercedes
4. Sergio Perez, Racing Point
5. Daniel Ricciardo, Renault
6. Charles Leclerc, Ferrari
7. Esteban Ocon, Renault
8. Daniil Kvyat, AlphaTauri
9. Pierre Gasly, AlpaTauri
10. Alexander Albon, Red Bull

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here