MotoGP Catalunya 2020: Fabio Quartararo muncul juara untuk teruskan dominasi kutipan mata

1524

Pelumba kelahiran Perancis, Fabio Quartararo muncul juara pada Grand Prix Catalunya dan meneruskan dominasinya dalam kutipan mata secara keseluruhan dihadapan pelumba dari Itali, Andrea Dovizioso.

Pelumba pasukan Petronas Yamaha yang berusia 21 tahun tersebut mendominasi perlumbaan kelapan musim ini yang berlangsung di Barcelona setelah Dovizioso terjatuh pada pusingan pertama.



Pasukan Suzuki memperoleh dua kedudukan podium apabila Joan Mir dan Alex Rins masing-masing menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dan ketiga.

quartararo catalunya

Kemenangan ketiga Quartararo di Catalunya pada musim ini meletakkannya lapan mata di depan Mir di kedudukan teratas, dengan Dovizioso kini ketinggalan 24 mata di kedudukan keempat.

Walaupun rakan sepasukannya iaitu Franco Morbidelli memulakan perlumbaan di kedudukan depan, Quartararo berjaya kekal konsisten dan mendahului perlumbaan pada pusingan kesembilan dari 24 pusingan.

quartararo catalunya

Juara MotoGP tujuh kali, Valentino Rossi, yang mengejar kedudukan podium ke-200 dalam kariernya, sempat berada di kedudukan kedua sebelum terjatuh di pusingan ke-16.

Selepas Quartararo memenangi dua perlumbaan pertama musim ini, terdapat pemenang yang berbeza dalam enam perlumbaan berikutnya.

Keputusan penuh MotoGP Catalunya 2020

1. Fabio Quartararo (Petronas Yamaha)
2. Joan Mir (Suzuki)
3. 
Alex Rins (Suzuki)
4. 
Franco Morbidelli (Petronas Yamaha)
5. 
Jack Miller (Ducati)
6. 
Francesco Bagnaia (Ducati)
7. 
Takaaki Nakagami (Honda)
8. 
Danilo Petrucci (Ducati)
9. 
Maverick Vinales (Yamaha)
10. 
Cal Crutchlow (Honda)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here