Peugeot dedah 508 PSE sedan dan wagon – model paling berkuasa dengan sistem PHEV, 355hp dan 520Nm

1731

Peugeot baru-baru ini telah mendedahkan sepasang sedan dan wagon iaitu 508 PSE. Kereta ini merupakan model paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Perancis itu, dan diasaskan dari Concept 508 Peugeot Sport Engineered yang mula membuat kemunculan pada 2019.

508 PSE menjadi model paling berkuasa Peugeot dengan 355hp dan 520Nm tork, hasil dari sistem plug-in hybrid (PHEV). Sistem ini terdiri dari enjin 1.6-liter THP turbo petrol serta dua motor elektrik.



 

Enjin 1.6 THP itu sahaja menghasilkan 197hp dan 300Nm tork. Sementara itu, motor elektrik di depan menjana 109hp dan 320Nm, manakala motor di belakang menghasilkan 111hp dan 166Nm tork.

Kuasa dihantar ke tayar melalui transmisi automatik 8-kelajuan.

508 PSE ini lebih berkuasa dari RCZ R dan 3008 GT Hybrid4 300. Sementara itu, 308 R Hybrid dari tahun 2015 mempunya sekitar 500hp, tetapi ia tidak dikira kerana bukan model produksi.

Dari segi prestasi pula, 508 PSE sememangnya laju. 100km/j dicapai dalam hanya 5.2 saat, sementara kelajuan maksima dihadkan kepada 250km/j. Dalam mod elektrik pula, kelajuan dihadkan pada 135km/j.

Bergantung kepada cara pemanduan, pek bateri 11.5-kWh mempunyai jarak pemanduan sehingga 42km. Ia boleh dicas semula menggunakan wallbox 32-amp dan mengambil masa kurang  jam untuk penuh.

Memandangkan ini model prestasi, Peugeot 508 PSE mendapat naiktaraf pada bahagian casisnya. Ini merangkumi penyerap hentak adaptif dengan mod Comfort, Hybrid dan Sport, serta trek lebih lebar (24mm depan, dan 12mm belakang).

Ia juga mendapat brek depan 4-pot bersaiz 380mm, tayar Michelin Pilot Sport 4S serta rim 20-inci.

Di dalam, 508 PSE dilengkapi sistem instrumen HD 10-inci dan beberapa label PSE untuk membezakannya dari model biasa. Tempat duduknya dibaluti kulit, jaringan 3D dan Alcantara.

Peugeot 508 PSE dijangka tiba pada awal tahun depan, dan kemungkinan juga kita dapat melihat 308 PSE yang akan bersaing secara terus dengan Golf R.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here