Proton X50 kutip 19,000 tempahan dalam 13 hari! Dijangka lancar pertengahan Oktober ini?

2229

Tidak dinafikan Proton X50 memang mempunyai penangan dan hype luar biasa dalam industri automotif pada masa ini.

Dalam perkembangan terbaharu, dikatakan SUV kompak segmen-B Proton itu telahpun mengutip kira-kira 19,000 tempahan. Perkara ini dilaporkan oleh rakan media kami di Funtasticko. Menarik lagi, angka ini dicapai dalam hanya 13 hari sahaja!



Proton X50 telah dibuka tempahannya pada 16 September lepas dengan bayaran RM500. Tempahan itu dibuka sehari selepas SUV itu didedahkan secara rasmi kepada para media dalam satu acara tertutup di Tanjung Malim, Perak.

Namun angka kutipan tempahan ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Proton. Mungkin Proton akan umumkannya beberapa hari sebelum pelancaran nanti.

Berkenaan tarikh pelancaran, Funtasticko turut melaporkan bahawa beberapa sumber mereka mengatakan X50 mungkin akan dilancarkan pada 15 Oktober ini.

Proton X50 ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship. Tiga varian bawah dikuasakan oleh enjin 1.5-liter turbo 3-silinder port-injected yang menjana 148hp dan 226Nm tork.

Walaupun enjin ini dibangunkan oleh Geely, Proton X50 merupakan model pertama dalam kumpulan itu yang menggunakan enjin baharu ini.

Sementara itu, varian Flagship akan dipacu oleh enjin 1.5-liter TGDI suntikan bahan api terus yang lebih berkuasa. Enjin ini menghasilkan 174hp dan 255Nm tork.

Kesemua varian menggunakan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan seperti terdapat pada X70 CKD. Namun difahamkan talaan pada X50 adalah sedikit berbeza.

Proton X50 didatangkan dengan ciri Advanced Driver Assistance System atau ADAS (varian Flagship sahaja) yang terkini dan lebih menyeluruh berbanding X70.

ADAS merangkumi ciri seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan banyak lagi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here