Lagu ‘Final Countdown’ guna hon lori jadi hiburan ketika tunggu lampu isyarat

3051

Hon merupakan salah satu alat penting yang perlu ada pada setiap kenderaan. Ianya mempunyai pelbagai fungsi, antaranya ialah untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain tentang kehadiran kita dan suatu situasi yang bahaya.

hon

Siapa sangka hon setiap kenderaan digunakan untuk memberikan amaran kepada pengguna jalan raya boleh jadi menarik sebegini. Jika kebiasaannya hon berbunyi sangat kuat dan bingit, namun tidak bagi lori ini.



Baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah lori dengan bunyi hon berentak lagu ‘Final Countdown’. Video yang pada asalnya dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok dengan nama akaun Pak Lang itu kemudiannya dimuat naik semula oleh laman Instagram Era.je.

hon

Menerusi video tersebut kelihatan si perakam turut berada di dalam lori sambil menunggu lampu isyarat merakam rakan pemandu lorinya yang sedang melalui di depan.

Turut kedengaran hon lori yang berbunyi lagu Final Countdown, dipasang oleh kenderaan berat tersebut.

Untuk makluman, lagu Final Countdown pertama kali diperkenalkan pada 26 Mei 1986 dan dipopularkan oleh kumpulan rock dari Sweden iaitu Europe.

Berikut adalah video yang dimuat naik baru-baru ini dan telah mencuri perhatian ramai:

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sehingga 527,238 tontonan dan 76,052 likes. Rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi mereka mengenai rakaman tersebut di ruangan komen.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here