Utama Berita Automotif AirAsia Berhad sekali lagi bakal kurangkan jumlah pekerja

AirAsia Berhad sekali lagi bakal kurangkan jumlah pekerja

1308

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Berhad difahamkan sekali lagi memutuskan untuk mengurangkan tenaga kerjanya susulan kesan pandemik Covid-19.

airasia

Menurut sumber yang mendengar taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Riad Asmat, tiada angka terperinci diberikan namun ia melibatkan beberapa ratus tenaga kerja AirAsia Berhad.



 
“Kriteria (siapa yang bakal dibuang) akan diberitahu nanti. Pekerja yang terlibat akan dimaklumkan melalui emel dalam tempoh 24 jam.”
 
“Saya memohon maaf kepada tenaga kerja yang terlibat. Anda perlu kekal kuat dan kami akan terus menyokong anda dalam pelbagai cara,” ujar sumber tersebut.
 
AirAsia bagaimanapun difahamkan akan terus menyediakan bantuan asas seperti manfaat penjagaan kesihatan dan kupon penerbangan sehingga Disember 2020 kepada pekerja yang terjejas.
 
airasia
“Dari perspektif perniagaan, kami sudah mencuba sebaik mungkin sejak beberapa bulan lepas untuk mengurus syarikat.”
 
“Bagi pekerja yang tidak terlibat, usaha harus ditingkatkan dalam menjalankan tugas anda.
“Gaji anda juga tidak akan dipotong,” tambah Riad.
 
Sumber itu memaklumkan, proses pengecilan tenaga kerja itu akan berlaku menjelang hujung bulan ini.
 
Beberapa ratus tenaga kerja juga difahamkan akan ditawarkan cuti tanpa gaji sehingga keadaan kembali pulih.
 
Selain itu AirAsia X akan menyemak semula gaji pokok tenaga kerja dengan hanya 25 peratus sahaja bayaran.
 
Sumber memaklumkan tenaga kerja yang terlibat akan dimaklumkan pada Khamis ini termasuk jumlah pampasan yang bakal diterima.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here