Gadis ini terpulas minyak ketika ambil ujian lesen motosikal

2366

Setiap negara ada undang-undang dan syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi untuk mengambil lesen kenderaan tidak kira untuk motosikal, kereta mahu pun lori.

Ini bermakna setiap pemandu kenderaan di atas jalan raya perlu mempunyai lesen supaya keadaan lalu lintas tidak menjadi huru-hara.



Walaupun ada peraturan dan undang-undang, masih banyak kemalangan yang berlaku di jalan raya. Walaupun begitu, sudah pasti anda yang sudah bertahun-tahun memiliki lesen pernah ada kenangan ketika kelas belajar memandu bukan?

Jika di Malaysia, antara cabaran yang paling terkenal ketika ujian lesen memandu kereta adalah di bukit, manakala bagi motosikal pula ialah titi. Banyak kisah yang dikongsi berkenaan dengan detik sukar untuk mengawal kenderaan ketika melalui salah satu dari cabaran tersebut.

Namun begitu, baru-baru ini tular di sosial media satu video memaparkan seorang gadis yang mengambil lesen motosikal. Dalam video tersebut, gadis yang mengambil lesen motosikal itu pada awalnya nampak seperti biasa sahaja.

terpulas minyak

Walau bagaimanapun pada penghujung video, gadis itu telah terpulas minyak terlebih di selekoh dan menyebabkan dia terbabas dan melanggar dinding. Berikut adalah video tersebut, yang telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Twitter:

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 195,900 tontonan dan 10,900 Retweet serta lebih 7,200 ribu Like. Rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi mereka di ruangan komen.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here