Polis di India terpaksa berlari sejauh 2km untuk buka laluan pada ambulans

1376

Di India, kebanyakan pemandu tidak peduli tentang laluan yang patut diberikan kepada kenderaan kecemasan, walaupun sebuah ambulans terkandas dalam lalu lintas jalan raya yang sesak.

laluan ambulans

Peristiwa seperti ini berlaku di Hyderabad, dimana seorang anggota polis trafik yang bertugas terpaksa berlari sejauh 2km dihadapan sebuah ambulans, bagi membuka ruang untuk mengelakkannya terkandas di lalu lintas jalan raya yang sesak.



Dalam kejadian sekitar enam hingga tujuh petang tersebut, anggota polis trafik, G Babji menyedari sebuah ambulans tidak dapat bergerak kerana tidak diberi ruang dalam keadaan jalan yang sesak.

Dia kemudian bertindak menghampiri ambulan dan berusaha memberikan ruang kepadanya untuk bergerak namun tidak berjaya.

Oleh kerana keadaan jalan raya yang semakin sesak, dia membuat keputusan untuk berlari di depan ambulan tersebut sambil membuka ruang untuknya.

Berdasarkan video berdurasi dua minit yang tular di media sosial, G Babji dilihat berusaha mengosongkan laluan untuk dilalui oleh ambulan dengan mengarahkan beberapa kenderaan untuk membuka ruang. Video ini difahamkan dirakam oleh pegawai kesihatan yang berada dalam ambulan tersebut.

laluan ambulans

Tindakan G Babji ini mendapat perhatian di media sosial dan mendapat banyak pujian dari warganet.

Mengikut undang-undang di India, seseorang boleh dikenakan denda sehingga RS10,000 (RM553) jika tidak memberi laluan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulan atau trak bomba.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here