Puspakom Petaling Jaya ditutup serta merta selepas pekerja positif Covid-19

1863

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd (Puspakom) cawangan Petaling Jaya ditutup serta merta setelah seorang pekerja disahkan positif Covid-19.

puspakom petaling jaya ditutup
gambar hiasan

Menurut DEB-Hicom Bhd, Puspakom Petaling Jaya ditutup bermula hari ini, untuk dijalankan proses sanitasi dan pembersihan.

Semua kakitangan akan menjalani ujian saringan Covid-19, sementara mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.



puspakom petaling jaya ditutup

Bagi pelanggan yang telah membuat temu janji di Puspakom cawangan Petaling Jaya, semua bayaran temujanji pemeriksaan yang telah dibuat akan dipulangkan secara automatik.

Sebagai alternatif lain, pelanggan yang telah membuat temujanji di Puspakom Petaling Jaya boleh menjalani pemeriksaan secara walk-in dengan pembayaran secara tunai di cawangan lain iaitu Puspakom Glenmarie dan Padang Jawa bagi kenderaan persendirian.

Bagi kenderaan komersial ringan dan e-hailing pula boleh dibuat di Puspakom Cheras, Taman Bukit Maluri dan Padang Jawa.

Pelanggan perlu membawa slip pengesahan temujanji Puspakom Petaling Jaya semasa hadir ke cawangan alternatif tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here