Helikopter AS350 terhempas di Lapangan Terbang Subang, dua cedera

1285

Dua cedera manakala tiga lagi selamat selepas helikopter jenis Airbus H125 (Aerospatiale AS350) B3 dilaporkan terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang, Petaling Jaya, pagi tadi.

helikopter terhempas

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima laporan kejadian jam 9:26 pagi dan menggerakkan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik ke lokasi.



“Helikopter terbabit terhempas di sebuah kawasan lapang di lapangan terbang berkenaan dan tiada kebakaran berlaku,” kata Norazam.

“Terdapat lima lelaki warga tempatan termasuk juruterbang di dalam helikopter dan dua daripada mereka mengalami kecederaan,” tambahnya.

Katanya, seorang mangsa dilaporkan patah kaki kanan dan cedera di kepala, manakala rakannya cedera ringan di kaki dan tiga lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

helikopter terhempas

Lanjut Norazam, punca kejadian masih dalam siasatan dan mangsa yang cedera menerima rawatan kecemasan sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, mengesahkan kejadian itu.

“Helikopter bersama lima penumpang dan dua juruterbang berkenaan terhempas di Bay 17 LTSAAS pada jam 9:18 pagi menyebabkan pembantu juruterbang cedera.

“Mangsa sudah dibawa ke hospital untuk rawatan dan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan kini sedang menyiasat berhubung punca kemalangan,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here