Litar F1 Arab Saudi dengan 27 selekoh, jarak 6.17km, purata kelajuan hingga 250km/j

2739

Ketua Formula 1 mendedahkan perincian mengenai Grand Prix Arab Saudi yang dijangka memberikan kelajuan purata 250km/j walaupun ia mempunyai 27 selekoh.

Formula 1 arab saudi

Litar jalanan di Jeddah itu akan menjadi tuan rumah untuk perlumbaan pada Disember ini kerana litar tetap masih dalam pembinaan.



Ia merupakan litar kedua terpanjang iaitu dengan jarak 6.17km, namun daya tarikannya adalah menerusi keadaan litar yang mempunyai banyak zon kelajuan tinggi.

“Sentiasa mengujakan untuk berkongsi maklumat mengenai litar baharu termasuklah mengenai litar jalanan Arab Saudi,” kata Pengarah Urusan Permotoran Formula 1, Ross Brawn.

“Kita sentiasa berhubung dengan pasukan reka bentuk dan promoter bagi memastikan kita ada litar yang sentiasa menyajikan perlumbaan yang terbaik dan mencabar kepada semua pelumba.

“Ia adalah litar jalanan moden yang terbaik dan memberi banyak ruang untuk pelumba meraih kelajuan maksimum selain peluang untuk memotong,” tambahnya

Presiden Persekutuan Automobil dan Permotoran Arab Saudi, Putera Khalid Sultan Al Faisal berkata mereka tidak sabar untuk mengalu-alukan kehadiran peminat sukan permotoran ke Arab Saudi.

“Walaupun ini adalah kali pertama kami menganjurkan GP F1, menjayakan acara antarabangsa penting ini membuktikan kemampuan kami untuk mengurus dan menganjurkan pertandingan ke tahap yang tertinggi,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here