AC Milan bekerjasama dengan BMW, setiap pemain dapat kereta percuma!

1437

Baru-baru ini, AC Milan mengumumkan kerjasama mereka dengan BMW, dan ini bermakna, setiap pemain gergasi bola sepak Itali tersebut akan mendapat kereta percuma.

gambar hiasan

Berkemungkinan besar, model X7, M3 Sedan dan M4 Coupe akan menjadi pilihan yang paling popular dalam kalangan pemain AC Milan. Berkemungkinan model termahal dalam production line BMW buat masa sekarang iaitu M760i xDrive Sedan juga bakal menjadi pilihan.

Sebelum ini, BMW teleh memberikan kereta percuma kepada pemenang perlumbaan MotoGP, dan ini merupakan kali pertama mereka bekerjasama dengan pasukan bola sepak.



“Kehadiran jenama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam industri automotif seperti BMW ke dalam keluarga kami merupakan suatu kebanggaan,” kata Presiden AC Milan, Paolo Scaroni.

“BMW, seperti AC Milan, adalah sinonim untuk kecemerlangan, gaya dan inovasi, jadi kami benar-benar gembira untuk memulakan perjalanan ini dan menuju ke masa depan yang progresif dan lestari bersama, untuk kepentingan semua,” tambahnya.

Kerjasama AC Milan BMW

BMW di Itali akan bekerjasama dengan AC Milan dalam mengatur acara eksklusif, mempamerkan model baharu, dan mempromosikan pasukan bola sepak.

Butiran lanjut mengenai kerjasama ini masih belum didedahkan, namun CEO BMW Itali, Massimiliano Di Silvestre menyatakan ia akan merangkumi aspek teknikal dari perkongsian tradisional, dengan mengumpulkan beberapa nilai aspirasi jenama mereka supaya menjadi lebih asli. 

Kerjasama AC Milan BMWMenurut Ketua Pegawai Hasil AC Milan, Casper Stylsvig, AC Milan dan BMW adalah dua ikon global dengan warisan legenda, visi bersama dan masa depan untuk dirancang bersama.

“Secara strategik, kerjasama ini mewakili momen yang sangat penting dalam jalur pertumbuhan kelab yang memungkinkan untuk melibatkan dan menarik jutaan peminat sukan di seluruh dunia dengan memanfaatkan kekuatan dua jenama itu,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here