Lapangan terbang Hyderabad tawarkan Lamborghini, Mustang dan supercar lain untuk disewa

1202

Selepas turun dari pesawat dan hendak meninggalkan lapangan terbang, penumpang biasanya menaiki teksi atau menggunakan pengangkutan awam yang lain.

Walau bagaimanapun, perkara berbeza disediakan di Lapangan Terbang Hyderabad, India.

Lapangan Terbang Hyderabad, India

Ini kerana, penumpang pesawat di sana dapat menyewa supercar dan beberapa buah kereta mewah lain yang disediakan sebagai kereta sewa. Perkhidmatan ini boleh dipilih dengan pakej pemandu atau tidak.



Bagi penumpang kapal terbang yang berminat, mereka boleh memesan supercar sewa tersebut lebih awal dari jadual penerbangan, dan pesanan tersebut boleh dibuat melalui panggilan telefon atau secara dalam talian. 

supercar sewa

Berikutan keadaan dunia sekarang yang masih lagi diserang pandemik Covid-19, supercar yang disewa akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan. 

Perkhidmatan yang terletak di pintu masuk lapangan terbang Hyderabad ini menyediakan supercar sewa dari pelbagai jenama, termasuk Lamborghini Gallardo, Jaguar F-Type, Porsche 911 Carrera dan Ford Mustang.

supercar sewa

Selain itu terdapat juga kenderaan mewah seperti Lexus ES 300h, Audi A3 Cabriolet, BMW 7-Series, Mercedes Benz E250, Maserati Ghibli, BMW 3-Series GT dan Volvo S60.

Bukan hanya kereta mewah berprestasi tinggi, penumpang kapal terbang juga dapat menyewa Toyota Fortuner dan Suzuki Ciaz.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here