Op khas p-hailing kesan rider langgar peraturan jalan raya

3966

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Shah Alam telah melancarkan satu Op Khas (p-hailing) yang melibatkan tiga kawasan di daerah tersebut, semalam.

Op khas p-hailing

Tindakan ini dilakukan susulan rungutan masyarakat di atas berlakunya perlanggaran undang-undang jalan raya oleh rider-rider p-hailing, seperti melanggar lampu isyarat merah.



Selain itu, tujuan operasi ini dijalankan ialah untuk pemeriksaan fizikal motosikal demi memastikan keselamatan penunggang, selain mengesan kesalahan jenayah dikalangan mereka.

Hasilnya, sebanyak 281 pemeriksaan individu dilakukan, dimana melibatkan 72 buah kenderaan p-hailing. Secara keseluruhan, sebanyak 164 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, yang mana 25 saman dikenakan kepada rider p-hailing.

Op khas p-hailing

Bagi saman kompaun pula, empat saman telah dikeluarkan di bawah Peraturan 17(3)(5)Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam akan terus melaksanakan operasi sebegini bagi memastikan orang ramai terutama rider p-hailing agar mematuhi peraturan jalan raya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here