WMC250EV ialah motosikal elektrik yang bakal capai kelajuan melebihi 400km/j

1384

Sebuah syarikat bernama White Motorcycle Concepts ingin menghasilkan rekod kelajuan baharu untuk sebuah motosikal elektrik. Untuk mencapai tujuan tersebut, mereka telah mencipta sebuah jentera yang sangat berbeza dari motosikal yang lain.

motosikal elektrik

Aerodinamik nampaknya memainkan peranan penting dalam reka bentuk motosikal elektrik yang dikenali sebagai WMC250EV ini, dimana ianya hadir dengan ruang kemasukan udara yang agak besar bermula dari bahagian hadapan hingga belakang.



Menurut White Motorcycle Concepts, ciri yang agak unik ini dikenali sebagai V-Air, dimana ianya mampu mengurangkan rintangan udara hingga 70 peratus berbanding motosikal biasa.

motosikal elektrik

Sistem powertrain yang dikenali sebagai D-Drive terletak di bawah V-Air ini, dimana ianya terdiri daripada dua motor elektrik 20kW di roda depan dan dua motor AC 30kW yang menggerakkan roda belakang.

Secara keseluruhan, motosikal elektrik ini mampu menghasilkan sehingga 134hp melalui kuasa yang disalurkan oleh pek bateri lithium-ion 15kWh. Jentera ini juga difahamkan dilengkapi dengan komponen yang kebanyakan dibuat dari bahan gentian karbon dan aluminium, bagi mengurangkan berat keseluruhannya.

motosikal elektrik

Walaupun mempunyai berat 300kg, jentera ini akan menjadi sangat laju kerana ia cukup aerodinamik. Salah seorang individu dari syarikat tersebut iaitu Robert White berkata, mereka ingin memecahkan rekod kelajuan kenderaan elektrik dalam tempoh 12 bulan yang akan datang.

Untuk menjayakan misi ini, WMC250EV mesti mempunyai kelajuan melebihi rekod dua arah yang terkini iaitu 394.4km/j dan kelajuan sehala 407km/j. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here