Jualan dan pengeluaran bagi Toyota, Lexus melonjak bulan Oktober

1146

Situasi pandemik Covid-19 yang perlahan-lahan bertambah baik serta kehidupan yang mula kembali normal, perniagaan juga memperlihatkan peningkatan dari sudut jualan.

UMW Toyota Motor ialah anak syarikat Kumpulan UMW yang terbabit dalam pemasangan, pemasaran dan pengedaran eksklusif kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia merupakan antara syarikat yang meraih kadar pemulihan pasaran yang pantas.



BACA>>Perodua pecah rekod jualan dan pengeluaran bulan Oktober

Untuk bulan Oktober, jumlah kenderaan Toyota dan Lexus yang dijual adalah sebanyak 8,500 unit, peningkatan 6 peratus berbanding bulan September. Jumlah keseluruhan bagi tahun ini setakat akhir Oktober pula adalah 54,618 unit, kiranya 25 peratus lebih banyak berbanding tempoh sama pada tahun 2020.

Selain itu, tempahan juga kini mula dibuka bagi model Toyota Corolla Cross Hybrid, yang ditawarkan dengan  tiga varian merupakan teknologi hibrid elektrik yang pertama dipasang dalam negara (CKD).

BACA>>Harga jualan McLaren F1 Mr Bean melambung tinggi walaupun dah kemalangan beberapa kali

Ditawarkan dengan anggaran harga jualan pada RM137,000, pelanggan juga boleh memilih dua varian lain.

  • Corolla Cross 1.8V (RM129,000) 
  • Toyota Corolla Cross 1.8G (RM123,000)

Lanjutan tempoh pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sehingga 30 Jun 2022 dari 31 Disember 2021 sebelum ini pasti akan membantu mengekalkan momentum jualan dalam keadaan pasaran yang kini semakin pulih.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here