Pemilik Kelantan FC tawar Porsche kesayangan jika layak ke final Piala Malaysia

1491

Pemilik Kelab Bolasepak Kelantan (Kelantan FC), Norizam Tukiman menawarkan sebuah Porsche kepada pengendali sementara Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya jika berjaya membawa pasukan ke akhir Piala Malaysia musim ini. 

Norizam Tukiman atau lebih dikenali Zamsaham, sanggup mengorbankan kereta Porsche  kesayangan warna merahnya itu bagi membakar semangat dan memberi motivasi kepada pasukan agar dapat melangkah ke pusingan akhir perlawanan. 



Beliau meletakkan sasaran untuk membawa kembali skuad The Red Warriors (TRW) untuk beraksi di final Piala Malaysia dan turut menjanjikan ganjaran kepada barisan pemainnya sekiranya berjaya menjulang trofi terbabit.

BACA>>Emas Olimpik dapat Hadiah Honda City Hatchback RS 2021.

“Walaupun saya tahu team saya tak kuat mana. Maklumlah, ‘budget’ untuk pasukan dah habis nak bayar hutang kapal yg hampir karam. Tetapi, sebagai dorongan dan semangat.

“Seawal pertandingan Piala Malaysia bermula, saya dah berjanji nak hadiahkan Porsche ni kepada jurulatih sementara TRW Kelantan FC kalau dapat masuk Final Piala Malaysia.

“Masuk sahaja Final, saya akan hadiah Porsche kesayangan saya ini. Untuk semua pemain sebenarnya awal awal lagi saya dah janji akan berikan bonus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kemenangan berbulan bulan bonus berjaya mengapai Piala Malaysia.

“Tertulis dalam surat tawaran dan kontrak. Gaji pemain saya sederhana tetapi ada bonus kecemerlangan,” katanya menerusi perkongsian pada akaun Facebook Zamsaham.

BACA>>Azizulhasni bergambar dengan Ford GT, timbul spekulasi hadiah pemberian TMJ

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here