Emas Olimpik dapat Hadiah Honda City Hatchback RS 2021.

1283

Nama Greysia Polli dan Apriyani Rahayu selaku pemenang pingat emas dalam acara beregu badminton di Olimpik Tokyo 2020, menjadi bualan warganet di indonesia.

Atas kemenangan tersebut mereka menerima pelbagai hadiah dari pelbagai pihak dan salah satu nya adalah ejen tunggal dari Honda iaitu PT Honda Prospect Motor yang berpangkalan di Indonesia.



PT Honda Prospect Motor telah menghadiahkan kepada mereka berdua kereta Honda City Hatchback RS 2021 yang baru sahaja dilancarkan pada tahun 2021.

Honda City Hatchback versi RS hadir dengan rekabentuk yang lebih seksi dan agresif dengan kemasan berwana hitam pada gril, antena sirip yu, spoiler belakang, pembuka pintu, penutup cermin sisi, kemasan diffuser bumper belakang dan juga perumah lampu kabus.

Ketika ini, model sedan baharu ini berharga sekitar RM74,192 sehingga RM105,951.

Namun meraih pingat emas Olimpik bukan sekadar pencapaian pribadi mereka, tetapi bukti kerja keras yang berjaya membuahkan hasil. Perjuangan dan semangat yang ditunjukkan oleh mereka sehingga mengharukan peminat badminton menjadi kebanggaan rakyat Indonesia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here