Bengang jiran parkir depan rumah, pemilik rumah iklankan kereta untuk dijual

2247

Hidup berjiran memang nasib badan, kalau dapat yang bertimbang rasa, hidup jadi harmoni, tetapi kalau sebaliknya duduk rumah sendiripun rasa sengsara. 

Masalah parkir bukan saja berlaku di ruang awam, tetapi juga dalam kawasan perumahan, terutama teres dan rumah flat. Ada ramai mengeluh mengenai sikap jiran masing-masing yang tidak bertimbang rasa.

@queen_mekarsari88

bila mai pala gila @saudagar868 adoiii peningggggg #fyp #habuannnlaaaaa #peningggggg

♬ Pamela – Bots🇵🇭



Seorang pengguna TikTok Nur Farhana berkongsi kisah jirannya yang suka parkir bukan di kawasan rumah sendiri. Lebih teruk jirannya itu menjadikan kawasan depan rumahnya untuk meletakkan kereta. 

Tidak tahan dan berang dengan situasi tersebut, Farhana berkongsi suaminya meletakkan tong di atas kenderaan tersebut untuk dijual pada harga yang murah RM800.

Bagaimanapun, kenderaan berkenaan gagal dijual apabila pemilik segera mengalihkan keretanya. Jelas Farhana, dia berharap situasi itu boleh dijadikan pengajaran dan tidak akan berulang lagi. 

@queen_mekarsari88

Balas kepada @zuera37 part 2 harap² serik la..rumah kat lain parking ya kat lain😅

♬ Funny Song – Cavendish Music

Selain cara halus itu, sebenarnya anda boleh mengambil langkah undang-undang dengan menghubungi pihak berkuasa tempatan (PBT).  Mungkin ramai tidak tahu, meletakkan kenderaan di depan rumah jiran atau persekitaran hingga menyebab halangan lalu lintas adalah salah di sisi undang-undang.

Pihak PBT akan menghantar anggota bertugas ke lokasi untuk mengeluarkan notis kompaun kerana menghalang laluan.

Ini kerana pengguna tidak boleh meletak kereta di mana-mana ruang kosong kecuali di petak disediakan PBT. Kompaun dikenakan RM30 dan jika lambat bayar atau tidak diendahkan akan meningkat kepada RM100.

Namun, jika langkah berkenaan tidak jalan anda boleh menghubungi polis sebagai langkah akhir. 

SEKSYEN 48(1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987:

“Jika mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan kenderaan motor itu dihentikan di mana-mana jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan atau apa-apa hal keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya, halangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada pengguna jalan yang lain atau kepada lalu lintas, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.”Sesiapa yang meletakkan kenderaan mereka di perkarangan rumah anda dengan sengaja mungkin akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955 (“AKK 1955”) atau Kanun Keseksaan di atas sebab melanggar masuk (“trespass”). Anda masih boleh membuat laporan polis kerana ia melibatkan harta persendirian.

SEKSYEN 22 AKTA KESALAHAN KECIL 1955:

“Barangsiapa, tanpa alasan yang munasabah, melanggar masuk dengan sengaja ke dalam perkarangan rumah atau premis, ataupun sebarang hartanah, atau sebarang bot atau kapal….dan tidak dengan itu dalam kesemuanya di atas mengakibatkan sebarang kerosakan, ataupun tidak, dalam pendapat Majistret, mengakibatkan kerosakan yang lebih dari nominal, akan tertakluk kepada denda tidak lebih dari lima puluh ringgit.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here