Hari pertama Ops HRA, 5,000 kenderaan ‘terciduk’ langgar had laju!!!

1058

Hari pertama Ops HRA, Kamera Sistem keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) berjaya merakam 5,000 kenderaan yang melanggar had laju.

Kenyataan dari Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) menunjukkan 750,903 kenderaan telah melintasi kamera AWAS dan sebanyak 5,021 dirakam melanggar had laju.



Kesalahan melanggar lampu merah pula adalah sebanyak 996 kenderaan daripada 236,671 yang berjaya dirakam oleh kamera AWAS.

Kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah mencatat angka tertinggi kesalahan trafik setakat ini.

Seperti yang diumumkan dua kesalahan berkenaan antara kesalahan tersenarai bakal dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun.

Pesalah trafik berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 jika disabitkan kesalahan.

Pihak JPJ menasihati pengguna jalanraya agar mematuhi peraturan yang ditetapkan demi melicinkan perjalanan balik ke kampung. Ian juga dapat mengelakkkan kemalangan serta kehilangan jiwa lantaran kecuaian sewaktu memandu.  

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here