Utama Berita Automotif Nahas Elmina: Rakaman suara CVR berjaya dimuat naik

Nahas Elmina: Rakaman suara CVR berjaya dimuat naik

1618
Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) berjaya mendapatkan rakaman Kotak Perakam Suara Kokpit (CVR) berhubung nahas pesawat pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Persiaran Elmina 17 Ogos lalu.
 
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pasukan siasatan juga telah berjaya memperoleh rakaman suara 30 minit terakhir sehingga berlakunya nahas pada ketika itu.
 
“Data tersebut telah berjaya dimuat naik dan rakaman tersebut akan dihantar semula kepada pasukan siasatan di Kuala Lumpur. Rakaman kokpit berjaya didapatkan semula jadi semua rakaman suara tersebut akan dianalisa sebaik mungkin untuk kenalpasti punca nahas.
 
“Rakaman tersebut sedang dianalisa dan kita akan keluarkan laporan awal dalam masa dua minggu lagi,” katanya


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here