[Video] Dua helikopter bertembung lalu terhempas di TLDM

137

Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa.

Difahamkan dua helikopter tersebut sedang membuat raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan di Pangkalan TLDM Lumut.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kejadian berlaku, lapor Sinar Harian.



Menurutnya, laporan awal memaklumkan terdapat dua mangsa terlibat.

“Setakat ini keadaan mangsa masih belum diketahui, laporan media akan diberikan nanti,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here