Tahukah anda: Inilah pencipta tali pinggang keselamatan tiga mata

1524

Tahun 1959 adalah di mana Volvo Cars dan Nils Bohlin memperkenalkan alat keselamatan kenderaan terpenting di dunia iaitu tali pinggang keselamatan tiga mata yang ada pada semua kereta ketika ini.

Demi kepentingan keselamatan pengguna yang lain, mereka membuat keputusan untuk tidak mendapatkan hak paten buat alat berkenaan supaya setiap pembuat kereta dapat menggunakannya. 



Tali pinggang keselamatan tiga mata sudah menyelamatkan lebih satu juta orang dan mengurangkan serta mengelakkan kecederaan untuk jutaan lagi. 

Ciptaan itu kekal merentasi masa, dan keselamatan automotif juga berkembang dengan lebih banyak ciri keselamatan diperkenalkan, kebanyakannya dipelopori oleh Volvo Cars. 

Volvo Cars kekal sebagai peneraju dalam keselamatan automotif, dan sentiasa merentasi sempadan untuk memperkenalkan ciri-ciri yang sejajar dengan visi mereka bahawa tiada sesiapa yang harus cedera parah atau kehilangan nyawa dalam kereta Volvo baharu. 

Kini, Volvo Cars melangkah lebih jauh dengan menyasarkan sifar perlanggaran. Dalam memenuhi visi bercita-cita tinggi itu, Volvo Cars mengenal pasti tiga “jurang menuju sifar” menggunakan teknologi dan data mengenai tingkah laku manusia:

  • Cabaran pertama adalah pemanduan laju, yang merupakan penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya. Volvo Cars telah mengehadkan kelajuan maksimum keretanya kepada 180km/j. 
  • Isu seterusnya merupakan memandu ketika mabuk. Walaupun memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah adalah haram, ia kekal sebagai salah satu sebab utama kecederaan lalu lintas dan kematian.
  • Jurang terakhir merupakan gangguan. Sekiranya seseorang pemandu terganggu sama ada oleh telefon mudah alih mereka, keletihan, ataupun penumpang lain, tumpuan mereka tidak sepenuhnya ke arah pemanduan selamat.

Visi baharu ini membawa komitmen yang lebih tinggi untuk menangani dua jurang berkenaan. 

Volvo Cars sedang membangunkan sistem ciri keselamatan dwikamera. Sistem Pemahaman Pemandu yang boleh mengesan sekiranya pemandu sedang terganggu, mengantuk, atau pun mabuk.

Ia akan mengaktifkan perisai pelindung serta mengambil langkah keselamatan yang bersesuaian, daripada amaran visual dan boleh didengar, kepada pengurangan kelajuan dan brek untuk kenderaan sepenuhnya di tepi jalan. 

Dalam perjalanan Volvo untuk terus mencipta inovasi dalam keselamatan automotif, setiap pemilik kereta Volvo kini pasti mempunyai kisah peribadi masing-masing berkenaan tumpuan Volvo terhadap keselamatan kepada mereka. 

Seorang peminatnya, Ketua Pegawai Eksekutif Port Klang Cruise Terminal, Alvin Geoffrey mula mengagumi kereta Volvo ketika melihat Volvo P1800 milik ahli keluarganya. 

Kunjungan yang kerap ke bilik pameran Volvo bersama arwah bapanya menyemarakkan lagi minat beliau dengan kereta Volvo.

Impian Alvin untuk memiliki sebuah Volvo akhirnya menjadi realiti apabila beliau mendapatkan kereta Volvo pertamanya, model V40 dengan rekaan yang diinspirasikan oleh Volvo P1800 yang ikonik. 

Minatnya terhadap jenama itu semakin mendalam dengan pembelian generasi terbaru model Volvo XC90 Recharge. Untuk Alvin, beliau amat kagum dengan penambahbaikan ciri keselamatan Volvo yang berterusan, di samping asas keselamatan pasifnya yang kukuh.

Selain itu, Pengurus produk digital dalam syarikat telekomunikasi mudah alih utama, drian Kuah berbangga memiliki Volvo XC40 Recharge. 

Adrian pada mulanya tertarik dengan daya tarikan maskulin dan prestasi Volvo XC40 tetapi tidak lama kemudian mula menghargai fungsi separa autonomi Volvo dan Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS).

“Apabila bercakap tentang kepercayaan dan apa yang dilambangkan oleh Volvo, jawapannya adalah keselamatan, yang merupakan sesuatu yang sangat penting untuk saya. 

Saya juga percaya bahawa untuk Volvo, keselamatan bukanlah hanya untuk pemandu dan penumpang tetapi juga untuk orang-orang di luar. 

Sebagai contoh, kereta saya mengesan orang atau objek semasa mengundur dan akan menggunakan brek jika saya tidak melakukannya tepat pada masanya,” kata Adrian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here