Mitsubishi Motors buka Pusat 3S Baharu di Kajang – Kukuhkan kehadiran di Lembah Klang

8

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, terus mengukuhkan rangkaian jualannya dengan pembukaan pusat 3S terbaharu di Kajang melalui kerjasama bersama pengedar sah, Millennium Autohaus Sdn Bhd.

Dengan ini, Mitsubishi kini mempunyai 19 pusat 3S di sekitar Lembah Klang, sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan jenama di kawasan berpopulasi tinggi.

Pusat 3S baharu ini terletak di Lot 1872A, Jalan Semenyih, Kajang, dan dibina di atas kawasan seluas 15,800 kaki persegi dengan fasiliti bangunan 9,600 kaki persegi.

Ia menempatkan bilik pameran jualan, pusat servis, serta ruang alat ganti dalam satu lokasi bagi memberikan pengalaman pemilikan yang lebih menyeluruh dan mudah kepada pelanggan

Pusat ini akan mempamerkan barisan model utama Mitsubishi, termasuk:

  • Mitsubishi Triton – trak pikap serba boleh yang memenangi pelbagai anugerah dan terkenal dengan prestasi off-road unggul.
  • Mitsubishi XPANDER – MPV 7-tempat duduk yang digemari keluarga Malaysia kerana rekaan moden, praktikal dan ruang kabin yang luas.

Pembukaan di Kajang juga menandakan cawangan kedua Millennium Autohaus, selepas kejayaan outlet pertama mereka di Kota Damansara pada 2021.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here