Suzuki bakal akhiri produksi SV650, V-Strom 650

10

Suzuki dilapor bakal menghentikan produksi model 650 cc iaitu SV650 dan V-Strom 650 menjelang tahun hadapan.

Menurut laporan VisorDown, antara faktor utama ialah undang-undang pelepasan emisi yang semakin ketat dan sukar untuk dipenuhi oleh kedua-dua model tersebut.

Jak Tyrell, Pengurus Pemasaran Suzuki GB berkata, “model SV650 terkini dijual di bawah pengecualian, di mana ia sebenarnya tidak lagi dapat memenuhi peraturan pelepasan emisi untuk dijual pada tahun 2026.

“Seperti selalu, kami tidak dapat memberikan penjelasan tentang perancangan produk masa depan pada peringkat ini.”

Pengecualian yang dimaksudkan itu besar kemungkinan disebabkan oleh motosikal tersebut telah dijual sebelum undang-undang yang lebih ketat itu dilaksanakan.

Suzuki SV650 diperkenalkan pada tahun 1999, dengan nadi kuasa yang mampu menjana 64.2 hp, sebelum ia meningkat kepada 73.4 hp pada tahun 2003 dan 74.9 hp pada tahun 2017.

Enjin yang sama turut disemak semula oleh Suzuki sebelum dimuatkan pada model V-Strom 650 pada tahun 2003.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here