OMODA & JAECOO hangat di UK, catat 10,812 pendaftaran pada September, kini antara jenama paling pesat berkembang!

13

JAECOO dan OMODA bukan sahaja mencatat prestasi yang baik di pasaran tempatan, malah menerima sambutan hangat di United Kingdom (UK).

OMODA & JAECOO UK mencatat prestasi terbaik sejak penubuhan, apabila jumlah pendaftaran gabungan mencecah 10,812 unit sepanjang bulan September.

Berdasarkan data terbaharu Society of Motor Manufacturers and Traders (SMMT), pencapaian ini menandakan satu lagi langkah besar dalam perjalanan jenama baharu itu sebagai antara jenama automotif paling pesat berkembang di pasaran UK.

Lebih menarik, angka tersebut dicapai hanya setahun selepas OMODA memasuki pasaran UK dan lapan bulan selepas pelancaran JAECOO UK.

Lonjakan Pasaran dan Rekod Baharu

Prestasi September turut meletakkan OMODA & JAECOO dalam kelompok pengeluar paling kompetitif di UK, dengan penguasaan pasaran meningkat daripada 2.96% pada Ogos kepada 3.45%*.

Dalam tempoh 12 bulan terakhir, jenama ini telah menjual 32,393 unit kenderaan di UK dan bukti kukuh penerimaan pelanggan British terhadap jenama yang menawarkan alternatif sebenar kepada pengeluar tradisional dalam segmen SUV dan crossover.

Kejayaan ini dipacu oleh pendekatan OMODA & JAECOO terhadap pemilikan kenderaan moden, yang menekankan khidmat pelanggan mesra, jaminan kukuh serta sokongan selepas jualan mantap, selain reka bentuk menarik dan teknologi canggih pada harga kompetitif.

Kemampuan mereka bertindak balas dengan pantas terhadap maklum balas pasaran juga menjadi kelebihan utama, contohnya, kemas kini MY25 untuk OMODA 5 dan OMODA E5 elektrik menunjukkan tahap fleksibiliti pembangunan produk yang jarang dilihat pada pengeluar tradisional.

Pengiktirafan Pelanggan

Ketua Pegawai Eksekutif OMODA & JAECOO UK, Gary Lan, berkata:

“Melihat lebih 10,000 pelanggan memilih OMODA & JAECOO dalam sebulan adalah pengiktirafan besar terhadap kerja keras kami, bukan hanya baru-baru ini tetapi sejak bertahun-tahun kami bersiap untuk memasuki salah satu pasaran automotif paling matang di dunia.

Setiap bulan membawa pertumbuhan baharu dan membuktikan pemandu British menyahut visi kami, kereta yang menggabungkan rekaan, teknologi dan perkhidmatan dengan cara yang inovatif dan relevan untuk kehidupan moden.

Dengan JAECOO 5 dan JAECOO E5 elektrik melengkapi AECOO 7, serta barisan OMODA yang kini merangkumi OMODA 9, OMODA 5 MY25 dan E5, kami akan terus memperkukuh rangkaian produk dengan penawaran tersendiri dan pengalaman pelanggan yang kukuh.”

Pengiktirafan dan Model Baharu

Pencapaian September hadir selepas beberapa kejayaan bagi kedua-dua jenama.

JAECOO 7 dinobatkan sebagai Overall Car of the Year di Anugerah Leasing.com 2025, manakala OMODA terus memperkukuh kedudukan dalam segmen crossover dan membuktikan strategi dwi-jenama (dual-brand strategy) menjadi pemacu utama kejayaan kumpulan ini.

Pelancaran JAECOO 5 dan JAECOO E5 elektrik sepenuhnya dijangka memperluas portfolio serta menarik pelanggan baharu dalam segmen berbeza.

Disokong oleh rangkaian 81 pengedar di seluruh UK, perkhidmatan selepas jualan komprehensif, jaminan 7 tahun/100,000 batu (yang mana dahulu) dan jaminan bateri 8 tahun/100,000 batu (untuk model EV), OMODA & JAECOO UK terus menawarkan keyakinan serta nilai jangka panjang kepada pelanggan British.

Pendaftaran September Mengikut Jenama

  • OMODA UK: 4,323 unit
  • JAECOO UK: 6,489 unit
  • Jumlah keseluruhan: 10,812 unit

*Sumber: Society of Motor Manufacturers and Traders (SMMT), smmt.co.uk/vehicle-data/car-registrations

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here