Empat kereta mewah Datuk Vida bakal dilelong 30 Oktober ini

361
Gambar hiasan

Selepas tertangguh sejak Disember tahun lalu, proses lelongan kereta mewah dan 727 barangan peribadi milik usahawan sensasi Datuk Seri Vida bakal dilelong pada 30 Oktober ini.

Menerusi notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam ruang iklan sebuah akhbar berbahasa Inggeri tempatan semalam, jualan berkenaan dilakukan oleh pemiutang, AH Design Communication Sdn Bhd pada Vida.

Tindakan itu susulan kegagalan Vida membuat bayaran dengan jumlah sebenar yang tertunggak kepada syarikat subkontraktor AH Design Communication.

Selain gagal mencapai tawaran penyelesaian serta permohonan Vida agar proses lelongan ditangguhkan selama hampir setahun atas alasan barangan yang disita adalah barangan pinjaman.

Begitupun mahkamah memutuskan sebaliknya apabila pihak Vida gagal mengemukakan bukti kukuh.

Terdahulu, dianggarkan 727 barangan milik Vida disita dalam proses yang berlangsung selama lima jam di banglo mewahnya di Ipoh itu pada 25 November tahun lalu.

Ia selepas Vida gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada syarikat kontraktor pembinaan AH Design Communication sebanyak lebih RM1 juta pada 2018.

Selain empat buah kereta milik Vida antara barang yang disita seperti pembakar roti jenama Sharp, penapis air Coway, meja solek, peti sejuk dan lain-lain.

Acara lelong sepatutnya diadakan pada 9 Disember, namun ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Vida menangguhkan proses itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here