Tak bayar hutang lebih RM1 juta, empat kereta mewah Datuk Vida bakal dilelong

591

Aset Datuk Seri Vida di Ipoh, Perak terpaksa disita akibat gagal menyelesaikan hutang.

Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dilaksanakan Penolong kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan Ah Design Communication Sdn Bhd selaku plaintif untuk tujuan berkenaan.



Pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan sekitar jam 9 pagi di banglo Vida atau Hasmiza Othman, 53 di Meru, Ipoh pada Isnin.

Usahawan itu dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggangan sebanyak RM1,060,285 kepada syarikat pembinaan Ah Design selepas dikatakan bekerjasama mengubahsuai bangunan Vida All Start Studio di Shah Alam.

Barang-barang yang disita merupakan empat buah kereta itu Toyota Grand Hiace, BMW X7 dan dua buah Toyota Vellfire.

Sekiranyan Vida tidak dapat membayar ganti rugi dengan jumlah yang dinyatakan dalam tempoh dua minggu, proses barangan yang disita akan dihentikan.

Tarikh lelongan sudah ditetapkan pada 9 Disember depan dan barangan yang disita merupakan keseluruhan barangan di rumah Datuk Vida dan empat buah kereta mewah.

ARTIKEL LAIN

“Cik B pakai G Wagon RM1.8 juta, tapi minta mama duit minyak dan tol,” DSV

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here