
Yamaha memperkenalkan skuter elektrik terbaharu yang direka untuk kegunaan urban, iaitu JOG Electric untuk pasaran Jepun.
Ia hadir dengan tetapan motor elektrik yang dibina terus dalam hab roda dan mampu menjana kuasa setinggi 2.2 hp.
Tetapan ini membolehkan skuter ini ditunggang dengan lebih senyap dan lancar.
JOG Electric hanya boleh gerak sejauh 53 km, namun itu bukan satu masalah kerana sistem baterinya yang boleh dicabut dan ditukar dengan mudah.
Anda hanya perlu mendapatkan bateri tersebut menerusi syarikat Gachaco.
Skuter ini mempunyai berat sekitar 92.9 kg sahaja walaupun dilengkapi dengan bateri, menjadikannya ringan dan mudah untuk dikawal.
Ciri lain tersedia termasuklah rim 12 inci depan/10 inci belakang, sistem brek CBS, skrin paparan LCD, poket hadapan yang boleh memuatkan botol 500 ml, port pengecasan Type-A, dan cangkuk yang boleh menampung beban seberat 1 kg.
Ada dua warna yang ditawarkan iaitu Dignified Gray Metallic atau Concrete Gray.
Di Jepun, JOG Electric dijual pada harga bermula dari 159,500 yen (RM4,244) tanpa bateri.




