Utama Berita Automotif 0 unit terjual di China sepanjang Jun, Mercedes rancang henti sementara produksi...

0 unit terjual di China sepanjang Jun, Mercedes rancang henti sementara produksi sedan CLA L

3

Rakyat China gemarkan model kereta dengan jarak antara roda yang lebih panjang berbanding kebiasaan.

Disebabkan itu kebanyakan jenama Jerman mempunyai model yang mempunyai ruang kabin yang lebih besar. 

Mercedes-Benz turut sama menawarkan beberapa model yang lebih panjang termasuklah model sedan elektrik CLA L. 

Namun sayang sekali, sambutan yang diterima amat jauh daripada apa yang Mercedes harapkan.

Menurut laporan baharu dari Jerman, Mercedes menghentikan sementara produksi CLA L menerusi usaha sama dengan BAIC Motor. 

MBPassion melaporkan ianya berpunca daripada prestasi jualan yang mengecewakan di mana hanya 627 unit diedarkan sepanjang separuh pertama tahun ini. 

Sepanjang Januari, hanya 35 unit terjual sebelum angka tersebut merudum kepada 21 unit pada bulan Februari. 

Mac pula mencatatkan peningkatan jualan kepada 358 unit, namun angka tersebut kembali merosot kepada 52 unit (April) dan 161 unit (Mei). 

Lebih menyedihkan tiada satu pun unit yang terjual sepanjang bulan Jun. 

Sama seperti model yang dipasarkan di peringkat global, CLA L dilengkapi dengan pek bateri 89 kWh yang menawarkan jarak pandu sehingga 866 km mengikut data CLTC.

Ia juga menyokong pengecasan 325 kW yang boleh menambah jarak 370 km dalam masa 10 minit sahaja. 

Atas kertas, ia merupakan angka yang cukup impresif, namun ia mungkin dilihat agak ketinggalan jika dibandingkan dengan jenama pesaing seperti BYD yang mula memperkenalkan fungsi Flash Charging 1,500 kW yang boleh mengecas bateri 10 hingga 97% dalam masa 9 minit sahaja. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here