Utama Berita Automotif Suzuki GSX-8S, GSX-S1000 edisi ulang tahun ke-50 untuk pasaran Jerman, 50 unit...

Suzuki GSX-8S, GSX-S1000 edisi ulang tahun ke-50 untuk pasaran Jerman, 50 unit sahaja

5

Suzuki menyambut ulang tahun ke-50 dengan melancarkan dua buah model edisi terhad di Jerman, iaitu GSX-8S dan GSX-S1000.

Kedua-dua jentera ini mendapat kit decal istimewa, setiap satu dihadkan penjualannya kepada 50 unit sahaja.

Suzuki GSX-8S Special Edition mendapat kit decal khas berserta dengan pelindung pelana pembonceng dan spoiler hadapan.

Sementara GSX-S1000 pula turut mendapat tema penggayaan yang serupa, di mana ia turut mendapat pelindung pelana pembonceng, penghadang angin, serta hiasan pada roda depan dan belakang.

Tiada sebarang perubahan mekanikal terhadap kedua-dua motosikal edisi terhad itu.

Suzuki GSX-8S kekal dengan enjin parallel-twin 776 cc menghasilkan kuasa 82 hp dan 77 Nm.

Antara kelengkapan yang tersedia termasuklah quickshifter dua-arah, tiga mod tunggangan, kawalan cengkaman tiga-tahap, sistem pendikit ride-by-wire, bantuan RPM rendah dan skrin TFT 5-inci.

Suzuki GSX-S1000 pula mengekalkan enjin empat silinder sebaris 999 cc menghasilkan 150 hp dan 105 Nm.

Ciri yang dimuatkan termasuklah sistem brek cakera berkembar 310 mm depan berserta angkup empat omboh Brembo, fork USD KYB 43 mm di depan dan penyerap hentak boleh laras di belakang, tiga mod tunggangan, kawalan cengkaman, sistem pendikit ride-by-wire dan quickshifter dua-arah.

Harga jualan bermula dari €9,890 (RM46,447) untuk GSX-8S, sementara GSX-S1000 pula dijual pada harga €14,290 (RM67,111).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here