Tempah hypercar Mercedes-AMG One hari ini, dapat pada 2021 nanti

1972

Pelancaran hypercar Mercedes-AMG One telah ditetapkan pada 2021 nanti, seperti dilaporkan oleh Michael Knoeller, ketua pengurusan produk dan jualan AMG kepada Road and Track di Los Angeles Auto Show tempoh hari.

One telah dipertonton dalam bentuk prototaip Project One pada 2017 di Frankfurt International Motor Show dan disahkan untuk dilancar pada 2019. Tetapi untuk memastikan enjin Formula 1 pada kereta itu boleh dipandu di jalanraya pastinya bukan tugas mudah, jadi ia mengambil lebih masa.



“Bila anda membuat teknologi F1 boleh dipandu di jalanraya, anda perlu melaluinya dengan pelanggan,” kata Knoeller. “Kami melalui beberapa cabaran, tapi kini kami tiba di penghujung.”

Ini sebenarnya kali kedua kereta ini ditangguhkan. Ketua AMG, Tobias Moers berkata pada 2018 bahawa pelanggan perlu menunggu hingga 2020 disebabkan beberapa cabaran untuk memastikan enjin itu menepati standard pelepasan.

Tugas itu menjadi semakin sukar apabila standard baharu WLTP (Worldwide harmonized Light Vehicles Test Procedure) dikuatkuasakan di Eropah pada 1 September tahun ini. Ia lebih ketat dari kitaran NEDC (New European Driving Cycle) sebelum ini.

Malah tanpa isu pelepasan asap enjin pun, bagi memastikan enjin F1 bekerja seperti enjin kereta jalanan biasa pun sudah menjadi tugas sukar. Ingat, enjin F1 biasanya dipenuhi pasukan jurutera yang memantau hampir setiap masa.

Sebagai contoh, disebabkan kelegaan komponen dalaman sangat sempit, enjin F1 biasanya tidak boleh dihidupkan hingga ia mencapai suhu sehingga kira-kira 175-darjah F. Ini dicapai dengan memanaskan coolant melalui enjin dan radiator.

Enjin itu kemudiannya perlu dipusing secara manual supaya minyak boleh meresap melaluinya sebelum ia dihidupkan.

Maka tidak hairanlah enjin One hanya boleh dipandu hingga 50,000km sebelum ia perlu di­rebuild atau overhaul.

Hypercar One menggunakan enjin sebenar dari pasukan F1 AMG yang memenangi kejuaraan F1 beberapa kali; enjin 1.6-liter turbo V6 dengan redline 11,000rpm dan generator motor elektrik dipasang pada turbo.

Terdapat tiga motor elektrik pada One, satu pada enjin dan dua lagi di gandar depan. Ini menjadikan One sebuah kenderaan pacuan semua-roda. Kuasa gabungan ialah melebih 1,000hp.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here