Pakcik Shell kongsi tak boleh masak maggi di stesen minyak, ini sebabnya…

1185

Baru-baru ini tular di media sosial sekumpulan Honda Jazz memasak maggie di sebuah stesen minyak di Genting Highlands.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa membuka kertas siasatan susulan menerima laporan polis yang mana tindakan memasak di stesen minyak itu menimbulkan kebimbangan dan kegusaran masyarakat kerana merbahaya.



Polis membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.

Bagaimana pula sudut daripada pandangan pakar?. Ini komen PakCik Shell di akaun Instagram miliknya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)

“Ada yg kata, ‘jauh dari pam tak apa’… jangan…, kerana wap minyak boleh mengalir sejauh 10 meter dari punca seperti pam, tempat turun minyak dan vent pipe. stay safe everyone!,” tulisnya pada kapsyen video.

Pada video, PakCik Shell melarang melakukan sebarang aktiviti memasak di stesen minyak. Jelasnya, wap minyak boleh bergerak sejauh 10 meter.

Pada asasnya, selagi anda masih berada di kawasan stesen minyak dikelilingi wap petrol yang berisiko mengundang bahaya. 

Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil berat perkara berkenaan.

 

2 KOMEN

  1. Minyak diesel tak mudah terbakar 🔥🔥🔥
    Minyak petrol mudah terbakar 🔥🔥🔥🔥🔥

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here