Pengunci cakera brek Abus ini boleh dikawal menggunakan Bluetooth

1403

Pengunci cakera brek merupakan suatu alat keselamatan yang penting bagi mengelakkan sesebuah motosikal dicuri. Alat keselamatan yang memberi amaran kepada pemilik tentang kecurian atau percubaan curi bukanlah satu perkara yang baru, malah beberapa motosikal elektrik juga telah menggunakannya.

Pengunci cakera brek

Kini, satu syarikat Jerman iaitu Abus memperkenalkan alat keselamatan yang disertakan dengan ciri baru kepada pengguna motosikal. Diberi nama Abus Granit Detecto 8078 SmartX, alat ini merupakan pengunci cakera brek yang disertakan dengan pelbagai ciri yang menarik.



Abus Granit Detecto 8078 SmartX menggunakan sistem penguncian yang dapat diakses melalui Bluetooth. Alat ini boleh disambung dengan telefon pintar pengguna, dan untuk membuka kuncinya, pengguna perlu letakkan telefon bimbit pada radius tertentu dan tekan tombol pengunci. 

Pengunci tersebut secara automatik akan terbuka, dan dapat dikeluarkan dari cakera brek. Manakala untuk menguncinya, pengguna hanya perlu meletakkannya pada cakera brek dan tekan tombol pengunci.

Alat keselamatan ini juga disertakan dengan sistem penggera yang mampu memberikan amaran sehingga 100dB. Ia juga mempunyai pengesan kedudukan 3D yang mampu mengesan getaran dan pergerakan. 

Sekiranya kes kecurian hampir berlaku dan sistem penggera berbunyi, pengguna tidak perlu menyahaktifkan atau aktifkan semula sistem penggera, kerana pengesan kedudukan 3D yang disertakan mampu set semula penggera tersebut.

Untuk teknologi yang ditawarkan, Abus Granit Detecto 8078 SmartX dijual dengan harga   £250 (sekitar RM1,400) seunit.

Sumber: visordown.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here