Kiosk baru dan motosikal elektrik bantu kurangkan beban Shahriman dan isteri

1444

Muhammad Shahriman Abdullah, 31, dari Taman Jaya, Terengganu merupakan seorang Cina Muslim yang menghadapi dugaan dalam kehidupan kerana mempunyai kekurangan dari segi fizikal.

shahriman

Namun begitu, beliau dan isteri tidak mengeluh dan sentiasa berusaha mencari jalan untuk meneruskan kehidupan. Dan sekarang, Shahriman dan isterinya sedang mengusahakan perniagaan Burger Korea secara kecil-kecilan.



Setiap hari beliau terpaksa menaiki Grab untuk ke tempat jualan oleh kerana tiada kenderaan sendiri. Kadang-kadang, mereka terpaksa berjalan kaki pada lewat malam untuk pulang ke rumah apabila tiada Grab yang sedia untuk ditempah.

Baru-baru ini, beliau dan isteri menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berupa sebuah motosikal elektrik. Sumbangan tersebut bertujuan untuk memudahkan Shahriman dan isterinya berulang-alik dari tempat perniagaan.

“Alhamdulillah, saya berharap dengan sumbangan ini mampu meringankan beban Shahriman dalam menyara kehidupannya dan keluarga. Sama-sama kita doakan agar perniagaannya bertambah maju dan diberkati Allah. InsyaAllah,” kata Datuk Tengku Hassan.

Selain itu, sumbangan berupa kiosk jualan burger yang baru juga telah diberikan, bagi menggantikan kiosk lama yang sudah uzur.

“Terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana membantu memudahkan pergerakan saya dan isteri. Kami rasa sangat bersyukur kerana bantuan ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan perbelanjaan kami,” kata Syariman dan isteri.

Sumber: Facebook

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here