Sebuah Lamborghini Aventador terbakar di Bukit Bintang

2709

Untuk melihat sebuah supercar seperti Lamborghini Aventador di jalan raya adalah suatu perkara yang sangat jarang berlaku. Ini kerana, rata-rata pemilik jentera keluaran syarikat pengeluar dari Itali ini adalah dikalangan orang yang ternama ataupun orang kaya.

Namun, pada awal pagi ini, difahamkan sebuah Lamborghini Aventador didapati telah rosak akibat terbakar di tempat parkir kondominium di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang.



Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 2.40 pagi dan segera menghantar dua jentera (FRT) serta sebuah Emergency Medical Rescue Service (EMRS) ke lokasi kejadian.

Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Tun Razak menjalankan kerja pemadaman api.

Lamborghini Aventador

 

Difahamkan, ia mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan kebakaran dan kemusnahan membabitkan 40 peratus.

Dipercayai kejadian itu tidak membabitkan mangsa dan pihak forensik bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kebakaran.

Untuk makluman, supercar yang berharga sekitar RM2 juta ini dikuasakan oleh enjin V12 6.5-liter yang mampu menghasilkan sehingga 691hp dan 688Nm tork.

Berdasarkan gambar itu, bahagian hadapan sahaja kelihatan terbakar dan belakang yang terletak enjin masih lagi sempurna.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here